SERAMAI sebelas pemain berstaus bintang dalam Liga Perdana Inggeris dibenarkan beraksi biarpun positif dengan bahan terlarang.
Sunday Mirror mendedahkan 16 ujian menunjukkan pemain-pemain mengambil bahan larangan seperti amphetamine, morfin, ritalin atau triamcinolone.
Lapan daripada mereka adalah pemain musim lalu, enam orang musim 2017-18 dan dua lagi ketika aksi 2016-17.
Triamcinolone merupakan kortikosteroid kontroversi yang diberi kepada legenda atlet basikal dunia Bradley Wiggins sebelum dia memenangi gelaran Tour de France 2012.
Pemain-pemain itu telah menjalani ujian doping oleh UK Anti-Doping (Ukad) namun dibenarkan terus bermain selepas pihak Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menerima penggunaan bahan-bahan itu untuk tujuan kesihatan atau diambil dengan kebenaran.
Tetapi peminat-peminat tidak pernah tahu dan membimbangkan pakar kerana sistem ini boleh merosakkan dan bola sepak berdepan dengan skandal doping yang mencalit acara sukan lain sebelum ini.
Bekas presiden Agensi Anti-Doping Dunia Dick Pound mendakwa badan-badan sukan utama tidak mahu merosakkan reputasi mereka dengan penipuan penggunaan bahan terlarang ini.
Pound amat bimbang situasi ini akan lebih meluas dalam bola sepak. -mirror.co.uk