KERETA milik pemain sensasi, Lionel Messi dan Luis Suarez yang diletakkan di sebuah lapangan terbang diperiksa oleh pihak berkuasa gara-gara ancaman bom yang diterima.
Kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang El Prat, Barcelona.
Ia susulan bungkusan pelik yang ditemui di bawah kenderaan Suarez.
Unit K-9 turut dikerahkan untuk menggeledah dan memeriksa kereta milik dua pemain itu.
Kereta mereka diletakkan di lokasi itu sewaktu dua pemain berkenaan bercuti ke Ibiza bersama pasangan masing-masing.
Siasatan bagaimanapun mendapati kereta mereka bersih dan selamat daripada sebarang ancaman bom. - Daily Star.