suria

Safawi tolak kontroversi, mahu fokus bantu JDT julang Piala Malaysia, “Bukan seperti yang digambarkan...”

Safawi enggan melayan kontroversi yang melanda dirinya.

PENJARING terbanyak Liga Super musim ini, Safawi Rasid kini hanya mahu memberi fokus kepada persiapan menjelang Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya Sabtu ini.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu meledak lapan gol untuk Johor Darul Tak’zim (JDT) sekali gus menjadi penjaring terbanyak bagi pemain tempatan dalam aksi Liga Super yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, gelaran itu tidak menjadikan Safawi, 22, berpuas hati dan mahu memberi yang terbaik untuk aksi Piala Malaysia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sedar benda ini dah lama” - Syifa Melvin 'buka mulut' isu dakwaan bekas kekasih Safawi Rasid

“Aksi Piala Malaysia tahun ini, kami mahu buat yang terbaik dan cuba membawa balik trofi kebanggaan itu ke Larkin.

“Pun begitu, kami tetap sedar mengenai pasukan-pasukan bersama dalam kumpulan yang pastinya memberi cabaran sangat sengit dan konsisten.

“Jadi kami perlu mebuat persediaan dari semua aspek,” ujarnya kepada mStar.

Dalam menjadi sebutan di atas padang, nama Safawi juga tidak terlepas daripada pelbagai gosip luar padang yang menjadi dia agak tidak selesa.

“Memang tahun ini saya mahu kurangkan kontroversi di luar padang. Tetapi ada juga timbul.

“Bagaimana pun ia tidak menghalang saya untuk terus memberi fokus sepenuhnya di atas padang.

“Saya tidak mahu situasi seperti itu mengganggu fokus saya, jadi jalan terbaik saya biarkan sahaja kerana tahu ia bukan seperti yang digambarkan,” ujarnya ringkas mengenai kontroversi yang timbul berkaitan seorang gadis sebelum ini.

Tambah Safawi, sebagai manusia dia tidak lari melakukan kesilapan.

“Saya mengaku ada salah saya dalam hal ini tetapi jalan terbaik bukanlah menguar-uarkan hal ini kepada umum.

“Ia seperti membuka aib saya,” jelasnya ringkas.

Safawi Rasid, kontroversi, Cinta, JDT

Artikel Sebelum

Artikel Lain