ROMELU Lukaku menyumbat empat gol pada aksi bersama kelab baharunya Inter Milan. Penyerang Belgium berpindah dari Manchester United dengan nilai 73 juta paun menjaringkan empat gol dalam aksi persabahatan bertemu kelab Serie D Virtus Bergamo. Aksi itu juga menjadi tempat latihan untuk dia meningkatan prestasi bagi kempen Serie A musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kesukaran ketika pra musim selepas bukan menjadi pilihan di Old Trafford. Selepas merakam 28 gol dalam aksi Liga Perdana keseluruhan buat United, Lukaku kini menyarung jersi bernombor 9 di Inter Milan. "Sudah tentu dia perlukan banyak kerja ketika latihan termasuk taktikal dan fizikal. "Dia adalah pembelian terbaik dan kami sangat gembira. Dia mahu kerja keras dan bersedia secepat mungkin," jelas pengurus Inter Antonio Conte. - Dailymail.co.uk