suria

Nasib De Gea masih jadi tanda tanya

David De Gea. Foto AP

NASIB David De Gea di Manchester United terus menjadi tanda tanya selepas penjaga gol itu masih belum menandatangani kontrak baharu.

Laporan bulan lalu menunjukkan bahawa Manchester United bersetuju dengan kontrak £350,000 seminggu, dan De Gea akan kekal di Old Trafford menjelang akhir musim.

Bagaimanapun, Sunday Mirror Sport dapat mendedahkan rundingan gagal mencapai membawa kesepakatan, dan Manchester United masih tidak tahu sama ada perjanjian itu akan dimeteraikan.

De Gea, 28, bebas mengadakan rundingan dengan mana-mana kelab luar negara yang berminat pada Januari.

Mendekati tempoh tersebut, ia menjadi tekanan di Manchester United bagi memenuhi permintaan penjaga gol itu.

Sumber peringkat tertinggi Manchester United menegaskan bahawa rundingan berjalan dengan baik dan mereka yakin kesepakatan akan dicapai. - Mirror UK

David De Gea, Manchester United

Artikel Lain