PEMAIN golf profesional, Will Hawksworth melecur pada badan selepas vape miliknya meletup di dalam kereta. Menerusi kejadian itu, pemain berusia 24 tahun itu mengalami luka terbakar tahap tiga. Lebih parah, vape itu meletup sewaktu ia berada di dalam poket sehingga pakaian yang dipakainya terbakar. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang memandu kereta Audi A5 miliknya. Dalam pada itu, Will kini dalam proses untuk menuntut ganti rugi daripada pengeluar vape berkenaan. "Saya rasa macam dibakar hidup-hidup. Ia perkara paling sakit pernah saya bayangkan. "Memang takut, saya fikir sudah kehilangan nyawa. Saya tak akan guna vape lagi selepas ini," ujar Will. Pemain golf PGA itu mula merokok sejak berusia 15 tahun dan berhenti pada usia 19 tahun. Dia sebelum ini menggunakan vape sebagai ganti kepada rokok. - Daily Star.