DEMI menyelamatkan ikatan perkahwinan, bekas pemain England Wayne Rooney membuat keputusan untuk berhenti mengambil minuman beralkohol. Bekas pemain Manchester United ini dilaporkan isterinya Coleen amat berang dengan sikap pemain itu sejak berpindah ke Amerika Syarikat, yang menyaksikan Rooney menjadi kapten DC United dalam saingan MLS. The Sun turut melaporkan bahawa Rooney bakal menjalani sesi bertemu kaunselor bagi untuk menghentikan pengambilan alkohol sepenuhnya pada Oktober ini apabila dia kembali ke United Kingdom. Rooney mahu berhenti minum minuman alkohol sepenuhnya. Sebelum ini Coleen secara jelas meluahkan perasaannya ketika berada di Amerika Syarikat dan berniat untuk menamatkan tempohnya di sana. Dia kini sudah kembali ke England bersama empat anaknya iaitu Kai (9 tahun), Klay,6, Kit,3, dan Cass 18 bulan. Manakala Wayne masih berada di Amerika bagi menghabiskan musimnya di sana bersama Washington DC. Rooney bakal kembali ke England, menyertai pasukan Derby County sebagai pemain dan juga jurulatih. -mirror