AKSI bintang Liverpool, Mo Salah yang bermain bola dengan peminat cilik kelainan upaya (OKU) ternyata menarik perhatian ramai. Foto-foto itu dikongsikan menerusi Twitter rasmi pasukan berkenaan. Dua kanak-kanak itu bernaung di bawah Yayasan UEFA. Selain Salah, 27, beberapa pemain Liverpool yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan kanak-kanak berkenaan. Malah, mereka juga kelihatan bergambar dengan Jurgen Klopp sewaktu acara itu. - Sportbible.