SEORANG pengadil berusia 80 tahun maut selepas terkena balingan bola kriket menerusi satu kejohanan yang berlangsung di Wales, England pada 13 Julai lalu. Akibat kejadian itu, John William dihantar ke sebuah hospital dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia sebulan kemudian. "Dia masuk pada saat-saat akhir untuk gantikan rakannya. Bola itu terlalu laju dan kena bahagian kepalanya. "Ianya terlalu kuat. tak boleh nak gambarkan insiden itu," ujar rakan pengadilnya, Merfyn John. Dalam pada itu, jurucakap Kelab Kriket Pembroke County turut menzahirkan ucapan takziah mereka kepada keluara mangsa. William digambarkan sebagai 'orang kuat' untuk arena sukan kriket tempatan. - Daily Star.