suria

Sambutan meriah Larian Mega Maju New Generation 2019

Peserta-peserta larian Mega New Generation sejauh 5km yang berlangsung di sekitar Hartamas dan Dutamas pada Ahad.

LARIAN Mega Maju New Generation berjaya menarik peserta hampir seribu penyertaan dalam acara 5 kilometer.

Larian yang berlangsung di Publika itu dianjurkan oleh Koperasi Mega Maju Selangor Berhad dan Personal Banc Berhad.

Acara terbuka itu disertai orang ramai selain turut disertai ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada penggiat industri hartanah dan mikro kredit di seluruh Selangor.

Program tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi, Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Salmah Ishak.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Mega Maju Selangor, Datuk Murugan Supparamaniam yang juga Pengerusi Personal Banc Berhad berkata, program tersebut berjaya memupuk semangat dan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

“Walaupun pertama kali dianjurkan, ia berjaya menarik minat ramai peserta yang berusaha menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu daripada amalan hidup mereka. Hari ini kita berbangga kerana telah mewujudkan satu komuniti yang menitik beratkan aspek kesihatan dan membudayakan sukan.

"Serentak dengan Bulan Kebangsaan serta sambutan Kemerdekaan ke-62, 31 Ogos ini, kami berbangga dapat membuktikan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang menyertai larian Mega Maju New Generation Run 2019 hari ini, mampu bersatu melalui medium sukan dan melakukan aktiviti sihat secara bersama.”

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 beserta medal, selain peserta  bertuah turut membawa balik hadiah cabutan bertuah lumayan seperti basikal, jam tangan, dan kamera Gopro.

Larian, 5km, Mega New Generation

Artikel Sebelum

Artikel Lain