CHRISTIAN Pulisic menolak tawaran Manchester United kerana Jose Mourinho, dedah bekas jurulatih pemain baharu Chelsea itu. Bintang Amerika Syarikat (AS) itu menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund pada musim panas ini dengan bidaan bernilai 57.6 juta pound sterling. Kehadiran Pulisic diharap dapat mengisi tempat ditinggalkan Eden Hazard yang berhijrah ke Real Madrid. Ketika berusia tujuh tahun, Pulisic menghabiskan masanya bersama dengan kelab Brackley Town. Namun pemain berusia 20 tahun itu rapat dengan jurulatih remaja Robin Walker yang mengajaknya ke Jerman sebelum dia berpindah ke Chelsea. Walker mendedahkan Pulisic tidak berminat untuk menyertai United disebabkan Mourinho yang jarang memberi peluang kepada pemain muda. "Apabila saya di Dortmund tahun lalu, saya beritahu dia bahawa dia patut datang. "Dia tidak akan berhijrah ke Manchester United kerana Jose Mourinho. Bapanya benci Mourinho kerana dia tidak mengetengahkan pemain muda," kata Walker. - Metro.co.uk