suria

Beberapa jam tampil pertama kali aksi di padang, pemain berusia 20 tahun ditemui mati

Bruce ditemui mati di bilik hotelnya selepas beberapa jam beraksi dalam liga ragbi di Perancis.

SEORANG pemain liga ragbi ditemui meninggal dunia di bilik hotelnya selepas beberapa jam membuat penampilan pertamanya di Perancis.

Archie Bruce,20, tampil pertama kali pertama untuk Batley Bulldogs bagi aksi Kejuaraan bertemu Toulouse Ahad malam.

Pengerusi kelab, Kevin Nicholas berkata dalam satu kenyataan: "Batley Bulldogs sangat bersedih untuk mengumumkan kematian pemain Archie Bruce yang ditemui di bilik botelnya awal pagi ini telah membuat penampilan pertama bertemu Toulouse sebelah petang.

"Keluarga Archie telah dimaklumkan mengenai berita ini.

"Batley Bulldogs, RRFL dan RFL Benevolent Fund akan membantu apa sahaja permintaan keluarganya.

"Keluarganya juga meminta privasi sepanjang tempoh sukar ini." - metro.co.uk

Archie, mati, ragbi

Artikel Lain