JURULATIH bola tampar Rusia digantung tiga perlawanan gara-gara membuat isyarat 'mata sepet' ketika bertemu pasukan Korea Selatan ketika perlawanan kelayakan ke Sukan Olimpik. Jurulatih pasukan wanita Sergio Busato dirakam membuat isyarat itu sambil tersenyum dengan menarik hujung mata menggunakan kedua-dua belah tangan selepas pasukannya menang dan layak ke Sukan Olimpik tahun depan. Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) mengambil tindakan tersebut selepas menerima laporan daripada pegawai-pegawai pasukan Korea Selatan. Beberapa pemain Argentina turut dikenakan tindakan kerana membuat isyarat rasis. Busaro bakal terlepas tiga perlawanan pertama Kejuaraan Bola Tampar Eropah bermula Isnin bertemu Belarus, Switzerland dan Jerman. FIVB turut memberi amaran akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya Busato melanggar penggantungan tersebut. Sebelum ini, Rusia juga telah menggantung BUsaro dua perlawanan dan telah meminta maaf kepada persatuan bola tampar Korea Selatan. Tindakan mengejek pasukan lawan seperti itu bukan kali pertama berlaku apabila beberapa pemain Argentina turut melakukan isyarat tersebut ketika menang ke atas China.- Dailymail.co.uk