BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo antara nama-nama besar yang peka mengenai kejadian kebakaran hutan Amazon. Ronaldo berkongsi mengenai hal itu menerusi media sosial miliknya. Bagaimanapun, foto yang dikongsi bukanlah keadaan semasa Amazon sebaliknya gambar kejadian yang berlaku pada 2013. "Hutan hujan Amazon menghasilkan 20 peratus oksigen dunia dan terbakar sejak tiga minggu lalu. "Ia tanggungjawab kita untuk selamatkan planet," tulisnya di Instagram. Selain Ronaldo, pelakon Leonardo DiCaprio dan penyanyi Madonna turut berkongsi foto kebakaran hutan yang salah. Ia susulan ribuan perkongsian gambar di media sosial sehingga mereka keliru dengan foto terbaharu di lokasi kejadian. - Express UK.