KEMENANGAN Virgil van Dijk sebagai pemain terbaik musim ini oleh UEFA nampaknya tidak 'direstui' sesetengah pihak. Nama Van Dijk sebelum ini menjadi hangat selepas dia mengalahkan Cristiano Ronaldo dan Messi dalam penganugerahan itu. Legenda Manchester United, Rio Ferdinand berkata, dia seolah-olah tidak percaya dengan kemenangan itu. "Tiada keraguan dalam minda saya bahawa Virgil van Dijk merupakan pemain pertahanan terbaik di dunia pada hari ini. "Tapi apabila pemain yang jaringkan 50 gol dalam satu musim seperti Messi dan Ronaldo menang trofi musim ini, kamu tidak boleh lihat menjangkaui itu," katanya. Malah kata Ferdinand, dia percaya Ronaldo sepatutnya menggenggam trofi Ballon d'Or pada edisi penganjuran tahun ini. - Givemesport.