suria

Lukaku bengang dikritik oleh Neville, "Jangan persoal profesionalisme saya"

Lukaku bengang dengan kritikan Neville (kanan) yang menggelarnya terlebih berat badan.

ROMELU Lukaku memberitahu Gary Neville supaya tidak persoalkan profesionalismenya.

Penyerang Inter Milan itu berang selepas  bekas pemain pertahanan Manchester United itu membuat kritikan terhadap berat badannya.

Pemain berusia 26 tahun itu dilabelkan sebagai 'terlebih berat badan' oleh Neville di laman Twitter bulan ini selepas dia menyertai Serie A, Inter Milan dengan kontrak lima tahun bernilai 74 juta paun.

Namun penyerang Belgium itu membalas kritikannya ketika satu temuramah Jumaat lalu.

"Jangan persoalan tahap profesionalisme saya. Saya hidup kerana perlawanan ini. Saya berada di rumah sepanjang masa. Saya cuba melakukan apa sahaja untuk lebih baik.

Neville membuat posting mengenai Lukaku.

"Dia (Neville) boleh bercakap mengenai kecergasan syaa tetapi tidak patut menyebut tentang profesionalisme, yang bermakna saya tidak cukup berusaha.

"Itu perkara yang dia tidak boleh katakan. Semua jurulatih telah bercakap benda yang sama kepada saya.

"Apa yang Ole Gunnar Solskjaer cakap ketika saya di tempat latihan? Apa dia cakap? Itu yang selalu saya buat dan cuba yang terbaik untuk meningkatkan diri sendiri.

"Sama juga dengan Jose Mourinho dan Roberto Martinez. Sekarang Antonio Conte akan cakap juga.

"Tahun lepas adalah tahun yang teruk. Ia berlaku dalam bola sepak. Anda perlu melupakannya. Saya tidak akan duduk di sini dan memberi reaksi yang negatif.

"Kita semua adalah lelaki dewasa. Dia adalah 'pundit'. Dia menerima bayaran untuk bercakap perkara seperti itu. Saya dibayar untuk bermain bola sepak. Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk Inter Milan. Itu sahaja," katanya kepada BBC.

Lukaku kini telah hilang berat badannya selepas mengamalkan diet pemakanan yang ketat di bawah bos Conte.

Dia dituduh mempunyai berat badan berlebihan ketika tempoh terakhir bersama Manchester United dan dilaporkan mempunyai berat badan 104 kilogram ketika menyertai Inter.-dailymail.co.uk

Romelu Lukaku, Gary Neville

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan