suria

Anak Luis Enrique meninggal akibat kanser tulang

Enrique bercakap sempena sambutan di Camp Nou, Barcelona pada 23 Mei 2016 di sisi anak perempuan kesayangannya.

ANAK perempuan bekas pengurus Sepanyol, Luis Enrique meninggal dunia selepas lima bulan menderita penyakit kanser tulang.

"Anak kami Cana meninggal dunia petang ini pada usia sembilan tahun selepas berjuang selama lima bulan melawan kanser tulang (osteosarcoma).

"Kami sangat merindui kamu tetapi kami akan mengingati kamu setiap hari dalam kehidupan kami dan berharap kita akan bertemu lagi," tulis Enrique di Twitternya.

Pengendali berusia 49 tahun itu meninggalkan Sepanyol untuk menjaga anak perempuannya itu selepas disahkan menghidap kanser.

Enrique turut cemerlang bersama Barcelona sama ada sebagai pengurus dan pemain termasuk memenangi treble semasa mengemudi kelab itu pada 2015. - Metro.co.uk

Luis Enrique, kanser tulang

Artikel Lain