PAUL Pogba memberitahu Manchester United bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baharu berikutan cubaan untuk berhijrah ke Real Madrid, menurut Marca. Pemain kelahiran Perancis itu mempunyai baki dua tahun bagi kontrak semasanya. Dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk memperbaharui kontraknya itu selepas mencuba untuk memasuki kelab di Sepanyol. Ejen Pogba, Mino Raiola percaya pemain itu dapat berpindah pada musim panas akan datang. Ia berikutan taktik yang sama dilakukan oleh Eden Hazard yang menyertai Real Madrid dari Chelsea selepas rundingan panjang. - Mirror UK