SEORANG pengurus pasukan bola sepak meninggal dunia sebaik selepas meraikan kemenangan pertama skuadnya. Sabtu lalu, Jim Pacey meninggal dunia selepas kelabnya Sleaford Rangers FC menjaringkan gol dan menang buat kali pertama ketika menentang Brigg Town Reserve. Dia kelihatan sakit ketika berjalan menujuk ke bilik persalinan. Walaupun pelbagai usaha menyelamat dilakukan paramedik, namun Pacey tidak dapat diselamatkan. "Dengan sedih kami mengumumkan mengenai kematian salah seorang pengasas Jim Pacey, bapa kepada pemain Jay ketika berakhir perlawanan bertemu Brigg. "Jim merupakan sebahagian pelengkap terciptanya Sleaford Rangers FC. "Lebih penting dia adalah faktor pihak kami terus bermain dan membangunkan bola sepak dan dia telah menguruskan pemain-pemain muda dari usia tujuh tahun," ujar satu kenyataan kelab.-mirror.co.uk