suria

Legenda Manchester United Cantona terima Anugerah Presiden Uefa 2019

Cantona bakal menerima anugerah pada Khamis ini.

BEKAS pemain bintang Manchester United Eric Cantona terpilioh menjadi penerima Anugerah Presiden Uefa 2019.

Cantona bakal meletakkan namanya sebaris dengan penerima sebelum ini termasuk Sir Bobby Charlton, David Beckham, Alfredo Di Stefano dan Eusebio.

Menurut Uefa (Kesatuan Bola Sepak Eropah) penghargaan ini diberi berdasarkan pencapaian luar biasa, profesional dan mempunyai contoh peribadi berkualiti.

Presiden Aleksander Ceferin yang memilih Cantona untuk anugerah ini meluahkan penghargaan kepada bekas pemain berusia 53 tahun itu.

"Anugerah ini bukan sahaja untuk menghargai karier pemain berkaliber tinggi, tetapi penghargaan untuknya sebagai individu - lelaki yang tidak ada kompromi, tegas dengan nilainya, bercakap menerusi fikiran dan meletakkan jiwa serta raga dalam menyokong apa yang dia percayai," jelas Ceferin.

Cantona akan memberi anugerah ini di Monaco pada Khamis ketika undian Liga Juara-Juara berlangsung.-Dailymail.co.uk

Eric Cantona, Anugerah Presiden, Uefa

Artikel Lain