BARCELONA dan Paris Saint-German (PSG) akhirnya mencapai kata sepakat berhubung nilai bayaran untuk Neymar. Ia sekaligus memberi bayangan bahawa hasrat Neymar untuk kembali ke Barcelona semakin cerah. Barcelona dilaporkan memberi tawaran £182 juta (RM934 juta) bersama tiga pemain iaitu Ivan Rakitic, Jean-Clair Todibo dan Ousmane Dembele secara pinjaman semusim. Wakil dua pasukan itu bertemu di Paris pada Selasa sebelum mencapai kata putus itu. Neymar yang juga pemain Brazil menyertai PSG dari Barcelona pada 2017. - BBC.