NEYMAR bukan setakat sedih, malah berang selepas kegagalannya untuk kembali ke Barcelona dari Paris Saint-German (PSG). Pemain kelahiran Brazil itu terdesak untuk menyertai semula kelab lamanya. Bagaimanapun, tiada apa yang berlaku dan jendela perpindahan ditutup dengan pemain berusia 27 tahun itu masih di Paris. Media Sepanyol, Sport melaporkan bahawa Neymar begitu sedih dan marah. Turut dilaporkan bahawa Neymar akan kembali untuk menyertai semula Barcelona pada Januari depan. - Daily Mail UK