ALEXIS Sanchez mendedahkan Romelu Lukaku meyakinkannya untuk menyertai Inter Milan dari Manchester United. Bintang Chile itu menandatangani kontrak secara pinjaman selama setahun dengan kelab gergasi Itali itu minggu lalu. Pemain berusia 30 tahun itu mengikut jejak langkah Lukaku yang menyertai Inter dengan bidaan sekitar 74 juta pound sterling pada musim panas ini. Sanchez menegaskan dia mahu membantu Inter menjulang lebih banyak trofi sepanjang tempoh dia dipinjamkan ke kelab itu. "Saya gembira kembali ke bola sepak Itali, kemudian kita akan lihat. "Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya, untuk pasukan dan penyokong Inter. Kami boleh bercakap mengenai kejuaraan, saya di sini untuk memenangi sesuatu. "Pasukan ini dahagakan kemenangan selama lapan tahun tetapi memiliki segalanya. Pasukan ini kuat dan mempunyai ramai pemain muda berbakat," katanya. - Metro.co.uk