BINTANG Formula Tiga Alex Peroni terselamat dalam sebuah kemalangan yang berlaku sewaktu kejohanan Grand Prix Itali. Kereta lumba yang dipandunya melayang beberapa meter di udara, seminggu selepas kemalangan yang menyebabkan Anthoine Hubert maut di Grand Prix Belgium. Menurut pasukan Peroni, pemandu itu tidak mengalami kecederaan, namun tetap akan menjalani pemeriksaan hospital. Kereta lumba dinaikinya melayang akibat terlanggar batas di bahagian tepi. Perlanggaran berlaku sewaktu perlubaan berbaki empat pusingan lagi. Perlumbaan dimenangi oleh Robert Schwartzman dari pasukan Prema. - The Sun.