MO Salah kini semakin hampir dalam mencapai status legenda di Liverpool. Sejak menyertai pasukan itu pada 2017, dia sudah menjaringkan 74 gol menerusi 110 perlawanan. Bercakap kepada beIN Sports, pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger bagaimanapun ada pendapatnya yang tersendiri mengenai pemain itu. "Salah hampir sama dengan Lionel Messi, ada konsistensi di hadapan gol. "Perbezaannya, Messi memang pemain yang lengkap, manakala Salah lebih obses pada penyudah," ujarnya. Kenyataan Wenger itu turut dibuktikan menerusi sikap Salah yang seolah-olah enggan melepaskan bola kepada Sadio Mano sewaktu pasukan diwakilinya menentang Burnley baru-baru ini. Namun kata peminat, Salah harus bersikap tamak bagi membolehkan dia memburu Anugerah Kasut Emas. - Give Me Sport.