suria

Sanchez idam jadi pemain tetap di Inter Milan

Sanchez mahu menjadi pemain tetap bersama Inter Milan musim depan. Foto: GettyImage

ALEXIS Sanchez sudah membuat keputusan mahu berpindah ke Inter Milan secara tetap dan enggan pulang ke Manchester United.

Sanchez berpindah ke Inter secara pinjaman jangka panjang selepas gagal menyerlah dalam tempoh 18 bulan di Old Trafford walaupun pengurus United Ole Gunnar Solskjaer memberi jaminan masa depannya di situ.

Pemain berusia 30 tahun itu masih mempunyai kontrak dua tahun yang ditandatangani ketika menyertai United pada Januari 2018.

Bagaimana pun niatnya itu tidak termasuk dalam perjanjian dengan pilihan Inter untuk membeli penyerang tersebut akhir musim ini.

Kelab Serie A itu juga seperti berat untuk membayar gaji pemain antarabangsa Chile itu secara penuh memandangkan kini United masih membayar Sanchez 300,000 daripada 400,000 paun gaji mingguan ketika berada di Milan.

Inter berminat untuk mengikat pemain itu namun tidak sanggup untuk membayar gaji lebih daripada 150,000 paun seminggu.

Ini bermakna sekiranya Sanchez mahu kekal di Milan, dia bakal kehilangan 250,000 paun gajinya.

malah bekas pemain Arsenal dan Barcelona itu perlu menunjukkan prestasi terbaik bagi memastikan peluang kekal bersama Inter.

Sehingga kini Sanchez belum membuat penampilan bersama kelab baharu ini kerana dia masih menumpukan kepada latihan kecergasan selepas mengalami keceeraan buku lali ketika aksi Copa Amerika sebelum ini. - Dailymail.co.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain