suria

Michael Schumacher dimasukkan ke hospital untuk rawatan rahsia

Dia terlibat dalam satu kemalangan ski pada tahun 2013.FOTO: Getty.

PELUMBA F1 terkenal Michael Schumacher dimasukkan ke sebuah hospital untuk satu rawatan rahsia.

Michael, 50, dihantar ke Hospital Georges Pompidou European yang terletak di Paris, Perancis, lapor La Parisien.

Dia sebelum ini cedera akibat kemalangan ski pada 2013.

Kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan kepala dan berada dalam keadaan koma.

Pelumba kelahiran Jerman itu bersara pada 2012.

Awal tahun ini, teman rapatnya, Jean Todt memberitahu keadaan pelumba itu semakin baik. - Daily Star.

Artikel Sebelum

Malaysia tewas kepada UAE 1-2

Artikel Berikut

Artikel Lain