SADIO Mane menghantar mesej jelas kepada Real Madrid bahawa dia gembira bersama Liverpool. Bintang Senegal itu yang menyerlah bersama Liverpool musim ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas lalu. Zinedine Zidane dilaporkan amat meminati Mane tetapi pemain berusia 27 tahun itu kelihatan semakin selesa di Anfield. "Sejujurnya saya amat gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini. Kami mempunyai penyokong hebat di dunia. Saya amat berterima kasih di atas sokongan mereka. "Ia bukan saya amat bermakna kepada saya tetapi memberi motivasi kepada rakan lain untuk beraksi dengan lebih baik. "Ia membuatkan kami sentiasa dahaga untuk jadi lebih bagus bersama-sama... Saya 'bergelut' untuk menggambarkan perasaan gembira saya berada di sini," katanya. Mane memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama Liverpool musim lalu dan The Reds menyasarkan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka yang pertama musim ini. - Metro.co.uk