FRANK Lampard mengakui berdepan dengan cabaran untuk mencapai sasaran menamatkan saingan dalam kelompok keenam terbaik musim ini. Sehingga kini Chelsea hanya mengutip lima mata daripada empat perlawanan dengan menduduki tangga ke-11 liga. The Blues bakal berdepan dengan Wolves awal pagi Ahad. Wolves, Leicester City dan Everton antara kelab yang menjadi pilihan untuk menguasai 'Big Six' musim ini dan Lampard mengakui perlu lebih bekerja keras. "Ya, mereka patut tahu peluang yang ada ini. Mereka perlu melakukan kerana sebelum ini hanya menulis untuk berada dalam kelompok keempat. "Namun sejak mula sampai hari ini, sudah ada dalam kelompok itu, sudah tentu sekarang anda akan sukar," jelas pengurus The Blues ini.-Onefootball