suria

Carragher yakin Sterling lebih baik daripada Neymar, mampu ganti tempat Ronaldo dan Messi

Sterling antara lima penyerang terbaik dunia setakat ini.

RAHEEM Sterling menunjukkan peningkatan cemerlang dan dijangka bakal menjadi lebih baik daripada Neymar.

Menurut Jamie Carragher, penyerang England itu mampu untuk meraih anugerah Ballon d'Or.

Sterling,24, dinamakan sebagai Pemain Terbaik FWA dan Pemain Muda Terbaik PFA berikutan pretasi terbaik dalam liga domestik musim 2018-19 bersama Manchester City.

City mmempertahankan trofi Liga Perdana musim lalu serta bergelar juara Piala FA dengan sumbangan Sterling sebanyak 25 gol dan sebagai pembantu gol (18) dalam semua pertandingan.

Dia meneruskan kempen musim ini dengan baik selepas meledak lima gol dalam empat perlawanan liga dan turut membantu England merangkul kemenangan.

Carraher percaya Sterling menunjukkan isyarat yang sama ketika pemain Portugal Cristiano Ronaldo bersama Manchester United yang menyaksikan dia merangku trofi Liga Juara-Juara sebanyak lima kali dan lima anugerah Ballon d'Or.

Jelas Carragher, dia telah meminta Sterling untuk menyertai Kylian Mbappe bagi merebut tempat Ronaldo dan Lionel Messi selepas mereka bersara.

"Dia kini berada dalam kelompok lima penyerang terbaik dunia, termasuk Messi dan Ronaldo.

"Sebelum ini saya menulis Sadio Mane merupakan pemain terbaik di bahagian sayap kiri. Dan kini saya menilai Sterling berada di atas Neymar.

"Dia bercita-cita, bersama Mbappe patut mengisi tempat Ronaldo dan Messi selepas mereka bersara.

"Dia ada peluang merebut Ballon d'Or untuk tempoh empat atau lima tahun akan datang," jelasnya kepada Telegraph. - eurosport.co.uk

Artikel Lain