suria

Legenda ragbi Gareth Thomas dedah hidap HIV, pernah terfikir nak bunuh diri

Gambar fail Gareth Thomas. Foto Reuters

LEGENDA ragbi di Wales di United Kingdom, Gareth Thomas, mendedahkan bahawa dia dijangkiti virus HIV sejak beberapa tahun lalu.

Malah, kesan menyimpan rahsia itu menyebabkan dia pernah terfikir untuk membunuh diri.

Thomas, 45, bersara daripada dunia ragbi pada 2011 selepas membantu memdapatkan 100 kemenangan antarabangsa untuk Wales.

"Saya hidup dengan rahsia ini selama bertahun-tahun. Saya berasa malu dan menyimpan rahsia sebesar ini amat memberi kesan," katanya kepada Sunday Mirror.

Kapten pasukan Wales itu secara terbuka mengakui dirinya adalah gay pada 2009.

"Saya takut orang akan menilai saya dan melayan saya seperti orang kusta kerana kurang pengetahuan. Saya pernah berada dalam keadaan gelap, mempunyai perasaan untuk membunuh diri. Saya pernah terfikir untuk memandu ke tebing.

"Bagi saya, ingin mati adalah fikiran semula jadi dan berasa ia adalah jalan keluar yang lebih mudah. Tapi anda perlu berhadapan dengannya.

"Dan mendapat sokongan dan kekuatan peribadi dan pengalaman untuk mengatasi emosi membuatkan saya meneruskan kehidupan," katanya.

Thomas merupakan bintang sukan utama di United Kingdom yang pertama mengesahkan dijangkiti virus HIV. - Mail Online UK

ragbi, Gareth Thomas, HIV

Artikel Lain