suria

Chelsea ikat bintang muda Hudson-Odoi

Hudson-Odoi ikat kontrak bersama Chelsea sehingga 2024.

CHELSEA mengesahkan bintang muda Callum Hudson-Odoi telah menandatangani kontrak lima tahun bersamanya.

Kontrak Hudson-Odoi,18, bakal tamat dan dalam masa sama Bayern Munich amat berminat mendapatkannya.

Bagaimana pun, dia kini sudah sah menjadi milik The Blues sehingga 2024 dan dilaporkan menerima gaji 120,000 paun seminggu.

"Perasaan yang sangat hebat.

"Penantian yang lama dan kini semuanya telah selesai. Saya sangat gembira dengan ini.

"Saya telah menjadi pemain Chelsea sejak usia lapan tahun dan ia adalah kelab yang sesuai buat saya.

"Saya mahu membantu trofi sebanyak mungkin, memenangi banyak perlawanan dan menyumbangkan gol untuk kelab.

"Sebagai satu pasukan, kami mahu bekerja keras dan mencatat keputusan yang baik.

"Semuanya telah dipersetujui dan kini saya bersedia untuk untuk di landasan yang betul."-eurosport.com

Callum Hudson-Odoi, Chelsea

Artikel Lain