suria

Kakak Sala gelar pasangan sebar imej Sala sebagai 'jahat' - "Saya gagal padam imejnya di fikiran"

Sala maut selepas pesawatnya terhempas di Selat Inggeris.

KAKAK kepada mendiang Emiliano Sala menggelar pengarah sebuah syarikat CCTV sebagai 'jahat' kerana menyebarkan gambar mayat adiknya di Instagram dan Facebook.

Sheery Bray,49 dan pekerjanya Christopher Ashford,52, mengaku di mahkamah terhadap perbuatannya itu.

Romina Sala berkata, dia gagal membuang imej tersebut di difikirannya setelah ia tersebar, beberapa hari selepas penemuan adiknya.

"Saya ternampak gambar mayat Emiliano tersebar di Instagram dan tidak percaya ada orang yang jahat sanggup melakukan itu.

"Saya terus menghubungi ejen Emiliano dan memberitahu yang berlaku di internet. Saya juga menghubungi abang, Dario dan dia tidak mahu melihat gambar itu.

Romina bengang dengan dua individu yang menyebarkan imej adiknya. Foto: SWNS

"Saya cuba membuang gambar itu di laman sosial. Ibu saya tidak sanggup melihat gambar mengerikan itu.

"Saya sangat sedih kerana orang membuatnya sebagai bahan gurauan.

"Dan kini saya tidak boleh memadam imej itu di fikiran. Abang dan ibu saya tidak akan lupakan perkara ini sampai bila-bila," jelasnya.

Sala,28 maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Selat Inggeris 21 Januari lalu.

Dia dalam perjalanan kembali ke Selatan Wales selepas menandatangani kontrak bersama Bluebirds dengan bidaan sekitar 15 juta pound sterling. -metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain