PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane mengulas mengenai spekulasi mengaitkan Jose Mourinho akan menggantikannya di Bernabeu. Los Blancos mengalami permulaan yang sukar untuk musim ini. Dan kini, bekas pengurus Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho, disebut-sebut akan kembali menguruskan Real Madrid. "Saya tak berminat apa yang dikatakan di luar kelab, saya ambil perhatian dalam laporan akhbar pada hari saya meninggalkan kelab," kata Zidane. "Saya berasa dalam kedudukan yang kukuh dan saya tak pernah putus asa. "Saya akan terus mencuba hingga ke minit akhir selagi kelab memberikan peluang kepada saya untuk meneruskannya," katanya. Bagaimanapun, Mourinho bukan satu-satunya dikaitkan dengan jawatan pengurus pasukan, malah bekas pemain Real Madrid dan Sepanyol, Xabi Alonso dan Massimo Allegri turut disebut-sebut. - Mirror UK