BEKAS jurutalatih Sepanyol dan Real Madrid, Vicente del Bosque mengakui akan memilih Neymar berbanding Kylian Mbappe. Ujar Bosque, Neymar menampilkan prestasi hebat di padang walaupun dia kadang-kala sering menimbulkan masalah khususnya berkaitan sikap. "Antara Neymar dan Mbappe, saya suka Neymar sekarang. "Dia banyak buat perkara mengarut, tetapi dia pemain yang hebat. "Mbappe ada potensi dan kualiti untuk jadi pelapis Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tapi banyak lagi perkara dia harus lakukan," ujar Bosque. Dia berkata demikian selepas Messi dianugerahkan Pemain Terbaik FIFA 2019, baru-baru ini. - Fox Sport Asia.