suria

Fifa dedah punca undian Pemain Terbaik Salah tidak dikira

Salah kecewa selepas namanya tiada dalam senarai akhir pencalonanan Pemain Terbaik Fifa.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mendedahkan punca undian Mohamed Salah tidak dikira bagi kategori i Pemain Lelaki Terbaik.

Bintang Liverpool itu tidak menduduki kelompok tiga terbaik persaingan itu.

Salah kelihatan kecewa ketika senarai penuh undian Fifa diedarkan tanpa memasukkan negaranya.

Fifa memberi penjelasan mengapa undian untuk Salah tidak dikira.

"Ketika melakukan penilaian undian yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada 15 Ogos lalu, kelihatan tandatangan dalam kertas undian itu menggunakan huruf besar dan kelihatan seperti tidak sah (tidak tulen).

"Kertas undian itu juga tidak ditandatangani oleh setiausaha agung yang memang diwajibkan."

Gelaran Pemain Terbaik Fifa tahun ini dirangkul oleh bintang Barcelona dan Argentina Lionel Messi. - onefootball

Artikel Lain