suria

Puyol tolak tawaran kembali ke Barcelona

Puyol belum bersedia untuk kembali ke Barcelona.

BEKAS kapten Barcelona  Carles Puyol menolak peluang untuk kembali menyertai kelab sebagai pengurus besar.

Jawatan itu masih belum diisi selepas Pep Segura meninggalkan kelab dengan persetujuan Julai lalu.

Presiden kelab Josep maria Bartomeu berkata, dia berharap dapat memujuk Puyol untuk kembali ke Nou Camp, yang pernah menjadikan dia sebagai pemain pertahanan sepanjang kariernya di antara tahun 1999 dan 2014.

"Selepas berfikir mengenainya, saya membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran itu.

"Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya selalu memberitahu berminat untuk kembali ke kelab yang dianggap sebagai rumah sendiri, namun banyak projek sendiri yang perlu diberi perhatian," jelas Puyol.

Sekiranya Puyol menerima tawaran ini, dia bakal bekerjasama dengan Pengarah Sukan Eric Abidal dan Pengarah Skuad Remaja Patrick Kluivert yang merupakan bekas rakan pasukannya sebelum ini.-Dailymail.co.uk

Carles Puyol, Barcelona

Artikel Lain