suria

Woodward sedia bagi masa untuk Solskjaer

Woodward (kiri) sedia memberi ruang kepada Solskjaer untuk menguruskan skuadnya.

MANCHESTER United bersetuju untuk memberi masa kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk sukses di kelab.

Naib Presiden Eksekutif Ed Woodward dilihat tidak terburu-buru untuk membuat keputusan berdasarkan prestasi hambar skuad musim ini.

Woodward sedia memberi ruang dan masa kepada bekas penyerang itu untuk mencorakkan skuadnya.

Pengendali kelahiran Norway itu bermula dengan cemerlang di Old Trafford sebagai pengurus sementara sebelum diangkat sebagai jurulatih tetap kelab Mac lalu.

"Pergerakan berterusan memberi pelaburan yang baik di kelab ini, di akademi, bahagian pemilihan dan fasiliti latihan di belakang tabir yang tidak akan nampak dalam tempoh pendek.

"Sebagai contoh, kami menambah bahagian perekrutan beberapa tahun ini untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti," ujar Woodward. -eurosport.com

Artikel Lain