JURGEN Klopp mendedahkan dia mahu Steven Gerrard mengemudi Liverpool sebaik saja dia meninggalkan Anfield. Pengendali kelahiran Jerman itu dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Fifa pada malam Isnin tetapi sudah terfikir mengenai calon penggantinya. Klopp masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun di Anfield dan menyokong Gerrard untuk mengambil alih tugasnya kelak. "Kenny (Dalglish) dan Stevie (Gerrard) mempunyai penyokong yang ramai. "Kedua, kedudukan saya sebagai pengurus tiada kaitan dengan orang di sekeliling saya. Jurgen Klopp. "Jika Liverpool mahu memecat saya esok, kemudian mungkin Kenny menjadi pilihan utama untuk menggantikan saya, tetapi mereka mungkin membawa pulang semula Stevie. "Jika anda tanya saya siapa yang patut ikut saya, saya kata Stevie. Saya bantu dia selagi boleh," katanya. Gerrard meninggalkan Liverpool sebelum Klopp dilantik sebagai pengurus pada lewat 2015. Bekas kapten Liverpool itu kini mengemudi Rangers, kelab yang beraksi untuk Liga Scotland. - Metro.co.uk