CRISTIANO Ronaldo terlepas menyaksikan Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Fifa Terbaik buat kali keenam pada Isnin malam. Bintang Barcelona itu menerima anugerah itu, menyaingi pencabarnya dari Liverpool, Virgil van Dijk. Ronaldo bagaimanapun tidak hadir menyaksikan Messi menerima penghormatan itu di La Scale Opera di Milan, Itali. Bintang Portugal itu langsung tidak disenaraikan oleh tuan rumah. Ketidakhadiran Ronaldo tiada kaitan dengan perlawanan Juventus menentang Brescia dalam Serie A pada Selasa malam. Ronaldo kemudian memuat naik gambar di akaun Instagramnya, 10 minit sejurus majlis anugerah itu berakhir. Gambar tersebut menunjukkan sedang berehat di sofa sambil membaca buku, manakala anak lelakinya, Cristiano Jr sedang menyiapkan tugasan sekolah. - Mirror UK