PENGURUS Paris Saint-German (PSG), Thomas Tuchel mengakui nasib kelabnya bergantung kepada hubungan antara dua bintang utama iaitu Kylian Mbappe dan Neymar. Bercakap kepada pemberita pada Jumaat, dia berkata, hubungan konsisten dua bintang itu boleh membantu mereka mengungguli Kejuaraan Liga 1. "Hubungan mereka berdua jadi kunci buat kami, mereka boleh membawa pelbagai kemungkinan," ujarnya. Tambahnya, jika mereka berdua bergabung bersama, ia pasti memberi banyak kelebihan buat kelab itu. - Goal.Com.