suria

Honda minta kontrak dengan Man United - “Saya tak mahu duit”

Honda berminat menyarung jersi Manchester United.

PEMAIN legenda Jepun, Keisuke Honda meminta Manchester United tawarkan kontrak untuknya.

Honda memuat naik status di Twitternya dengan memberitahu dia tidak mahu duit tetapi hanya ingin bermain dengan pasukan dan rakan-rakan hebat.

Kontrak pemain berusia 33 tahun itu bersama kelab Australia, A-League Melbourne Victory tamat Julai lalu.

Honda bersama AC Milan selama tiga tahun sebelum berpindah ke CSKA Mscow.

Malah Honda memberi bayangan dia sanggup bermain secara percuma dalam postingnya Jumaat lalu.

Honda tidak pernah bermain di England, namun pemain Asia itu telah beraksi hampir 200 perlawanan untuk SCKA Moscow dan AC Milan.

Bekas pemain antarabangsa Jepun ini merupan wira utama negaranya dengan menjaringkan 37 gil dan 98 penampilan sebelum mengambil keputusan bersara pada 2018. -Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain