BRENDAN Rodgers mengakui tidak sabar untuk kembali ke Anfield selepas meninggalkan Liverpool pada tahun 2015. Rodgers yang kini menguruskan Leicester pernah berkelana di Anfield selama tiga tahun dan hampir meraih trofi Liga Perdana pada 2014. Selepas itu dia sukses bersama Celtic dan kembali ke Liga Perdana bersama Leicester. "Saya amat bersedia kembali ke Anfield selepas meninggalkannya dulu. "Ia sebuah kelab luar biasa dan saya gembira ketika berada di sana sebelum ini. "Banyak yang saya belajar dan pengalaman indah. "Sudah tentu mereka sangat hebat dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, menjulang trofi Liga Juara-Juara. "Liga Perdana merupakan arena yang sengit tetapi setiap minggu kami fokus dan pemain-pemain juga menunjukkan tahap permainan yang semakin baik," jelasnya. Liverpool bakal melayan Leicester dalam aksi liga Sabtu ini. -onefootball