suria

Silva dikenakan denda selepas bergurau samakan Mendy dengan karektor Conguitos

Silva dan Mendy (kanan) merupakan rakan sepasukan di Manchester City.

BERNARDO Silva didenda oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan berdepan dengan hukuman penggantungan enam perlawanan gara-gara salah laku terhadap rakan sepasukannya, Benjamin Mendy.

Silva memuat naik status di Twitter membandingkan Mendy dengan gambar di pek makanan ringan di Sepanyol, Conguitos secara bergurau, namun selepas itu dia memadamnya.

"Sekarang tidak boleh bergurau dengan kawan sendiri."

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mempertahankan tindakan Silva dan menyifatkan dia sebagai individu luar biasa.

"Ia hanyalah gurauan. Ia sama berlaku beribu kali dengan orang putih. Ia hanyalah kartun.

"Rakan sepasukan pemain itu, Raheem Sterling berharap FA faham bahawa Tweet yang dimuat naik Silva kepada Mandy itu bukan bermaksud rasis.

FA menjatuhkan hukuman denda kepada Silva dan diberi tempoh sehingga 9 Oktober ini untuk membuat rayuan.

Hukuman tersebut juga boleh membawa Silva digantung enam perlawanan selepas penggantungan minima bagi membuktikan kes diskriminasi semakin meningkat musim ini. -eurosport

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan