PROGRAM Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mendapat suntikan semangat menerusi Perpaduan Melalui Sukan apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan RM45 juta bagi program akar umbi bola sepak negara ini. Pada Perbelanjaan 2019, NFDP mendapat suntikan sebanyak RM15 juta, sekaligus tambahan RM30 juta. Guan Eng turut mengumumkan memperuntukan RM179 juta bagi persiapan kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Hanoi 2021 serta pembangunan atlet paralimpik. Kejayaan atlet wanita negara seperti Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong dan Farah Ann Abdul Hadi ke peringkat tertinggi membanggakan rakyat dan negara. Bagi melahirkan lebih ramai lagi atlet wanita bertaraf dunia pada masa akan datang, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta ringgit untuk pembangunan atlet wanita. NFDP memuat naik posting sebaik sahaja pengumumkan peruntukan Bajet 2020 diumumkan. Selain itu, kerajaan akan terus mempergiatkan program pembangunan belia dengan memperuntukkan sebanyak RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan. Sebelum itu, Guan Eng turut mengiktirafkan potensi tinggi dalam e-Sukan dan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM20 juta pada 2020. "Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada Disember 2019," katanya. Selain itu, RM299 juta untuk pelaksanan Program Sukan Untuk Semua termasuk memulih dan menaik taraf kemudahan sukan, termasuk Kompleks Belia dan Sukan dan Kompleks Sukan Komuniti seluruh negara.