suria

Kaki pelumba 'mengecil' selepas sertai acara berbasikal jarak jauh

Keadaan kaki Brajkovic selepas menyertai acara berbasikal jarak jauh.

SEORANG pemuda berkongsi gambar menakutkan kakinya selepas menyertai acara berbasikal jarak jauh.

Atlet berbasikal dari Slovenia itu memuatnaik gambar tersebut di Instagramnya untuk membuktikan kepada peminatnya bahawa dia sudah pulih sepenuhnya selepas bergelut dengan bulimia dan larangan doping.

Janez Brajkovic digantung dari sukan itu pada Julai 2018 selepas didapati postif bahan larangan metilheksaneamine.

Malah pemuda berusia 35 tahun itu turut terbuka bercerita mengenai gangguan makan dialaminya dengan mendakwa dia mengambil bahan larangan itu kerana ia terkandung dalam makanan tambahan yang diambilnya ketika tidak sihat.

"Saya mengambil makanan pengganti, ia telah tercemar tetapi itu satu-satunya yang tekak saya boleh terima.

"Ia berlaku kepada saya bahawa tidak ada hari yang saya tidak akan menangis sebelum memulakan perlumbaan. Saya terdesak dan tertekan," katanya.

Brajkovic memuatnaik gambar keadaan kakinya yang agak mengerikan di Instagramnya.

Susulan pendedahan mengejutkan itu, seorang doktor sukan tempatan, Natasa Desnica memberitahu pemberita:"Dalam sukan ini, kejadian seperti ini biasa berlaku."

"Saya pernah melihat pelumba sejurus selepas tiga minggu berbasikal di Perancis, Itali dan Sepanyol yang kelihat seperti dia.

"Kaki mereka mengecil, tanpa lemak dan mereka juga dehidrasi, jadi setiap tulang boleh dilihat selain urat pada muka dan badan. Anda juga dapat melihat setiap otot kelihatan seperti atlas anatomi," katanya.

Selepas digantung perlumbaan, Brajkovic kembali beraksi bersama pasukannya, Adria Mobil sehingga akhir tahun 2019. Dailystar

atlet berbasikal, bulimia, doping

Artikel Lain