suria

Nama Cristiano Ronaldo diabadikan pada stadium Sporting Lisbon?

Ronaldo merupakan pemain dilahirkan dari akademi belia bola sepak Sporting Lisbon.

CRISTIANO Ronaldo merupakan antara produk cemerlang pernah dilahirkan menerusi akademi bola sepak Sporting Lisbon.

Bagi menghargai kejayaan itu, Sporting Lisbon bercadang untuk menukar nama stadium kelab tersebut sempena nama bintang Juventus itu.

Stadium Sporting Lisbon yang mampu memuatkan 50,000 penonton dikenali sebagai Estadio Jose Alvalade.

Namun beberapa tahun akan datang, nama tersebut mungkin ditukar kepada Estadio Cristiano Ronaldo.

"Ini satu teori yang tidak akan kami simpan. Hakikatnya kami amat berbangga apabila namanya dikaitkan dengan kami.

"Cristiano Ronaldo selalu menjadi simbol terbesar dalam sejarah kelab kami," kata Presiden Sporting, Frederico Varandas kepada Tuttosport.

Malah, Varandas berkata legasi Ronaldo turut menyuntik semangat pemain muda kelab itu.

"Kami sudah mengabadikan nilainya di dinding akademi belia yang memberi tumpuan kepada semangat, pengorbanan, disiplin, kepimpinan dan keazaman.

"Cristiano adalah pemain Portugal terbaik sepanjang zaman dan juga atlet terbaik dalam sejarah sukan," katanya. News18

Artikel Lain