NAMA pemain Arsenal, Matteo Guendouzi kini sedang hangat meniti di bibir peminat pasukan itu. Malah, prestasi bagus yang dipamerkan membolehkan dia diberi jolokan sebagai Zinedine Zidane versi baharu. Sejak menyertai kelab itu pada musim lalu, pemain berusia 20 tahun itu semakin menunjukkan taringnya. Selain prestasi bagus, sikap Guendouzi turut mencuri hati peminat. Lebih mengujakan, ada peminat yang membuat ramalan bahawa dia akan menjadi pemain tengah terbaik dari Perancis. Sepanjang bersama Arsenal, dia hanya tidak diturunkan dalam dua perlawanan sahaja. - Daily Star.