KENYATAAN terbaharu bintang Formula 1 (F1) Lewis Hamilton di media sosial menimbulkan rasa resah dalam kalangan peminat. Dia kini seolah-olah sedang berhadapan masalah peribadi. "Sejujurnya saya rasa seperti mahu berputus asa. Hentikan semua sepenuhnya. "Kenapa kisah jika dunia ini huru-hara dan orang lain tak kisah pun? "Terima kasih pada mereka yang kisah mengenai dunia ini," katanya di Instagram Story. Namun, tidak dapat dipastikan apakah maksud sebenar yang cuba disampaikannya. Rata-rata peminta turut meluahkan rasa bimbang dan menyatakan sokongan mereka buat pelumba Mercedes yang berusia 34 tahun itu. - Daily Star.