suria

Pemenang pingat emas Olimpik mengaku individu dalam video seks tular

Borkai mengaku menghadiri sebuah parti seks yang diadakan di sebuah kapal layar.

SEORANG pemenang pingat emas Olimpik dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur di atas sebuah kapal layar menerusi satu video yang tular di media sosial.

Zsolt Borkai memenangi pingat emas acara kekuda pelana (gimnastik) pada temasya Olimpik di Seoul pada 1988 sebelum terjun ke bidang politik.

Bekas atlet berusia 54 tahun itu kini merupakan Datuk Bandar Gyor di Hungary.

Borkai bagaimanapun mengaku terlibat dalam skandal seks selepas video itu tular dalam sebuah blog politik.

Blog itu mendakwa Borkai terbabit kes rasuah, penyalahgunaan dadah dan menggaji pekerja seks.

Video itu dipercayai diambil sewaktu Borkai bercuti di Laut Adriatic yang terletak di pesisir pantai Dubrovnik, Croatia.

Beberapa wanita turut dilihat di dalam video tersebut dalam keadaan 'lalok'.

Borkai bagaimanapun enggan meletak jawatan susulan penyebaran video salah laku seksnya itu. - Dailystar

Sukan Olimpik, pingat emas

Artikel Lain